Assalamualaikum...

Kisah romatiknya nabi saw
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Rasulullah S.A.W. adalah contoh yang terbaik seorang suami yang pandai
mengambil hati para isterinya. Baginda romantik kepada kesemua
isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu
hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya:
"Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling
disayangi?..".
Rasulullah S.A.W. hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian..."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan
supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu
hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.
Rasulullah S.A.W. lalu menjawab "Isteri yang paling aku sayangi ialah
yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas
kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan
merasakan bahawa diri mereka tidak terasing....
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat
suasana romantik ini Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar
melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah S.A.W. selalu berpegangan
tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong
kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari
isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi
kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit
kisah romantik Rasulullah S.A.W. agar dapat kita tauladani dan
praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman
selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan
setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan
suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
Pada
yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana
dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak
Rasulullah S.A.W., tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik,
dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari
berserinya wajah orang-orang beriman..."
C/P :~ Ustaz Ipul .....
Hamba Ilahi ...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin....