Saturday 16 March 2013

Diam

 
No Words to said ............
 
DIAM itu EMAS
 

Dari adik sayang :) ...

~~Buat Kakak Sayang ♥ ♥ ♥ ~~ 

Saturday 16 February 2013

Bersama Ke Jannah ...



Hamba Ilahi ...

Al-Fatihah ...

Assalamualaikum ...

Jika Al-Fatihah tidak dijaga dengan baik, maka solat kita tidak sah..
Marilah sama-sama KITA membetulkan bacaan KITA.

1. Bis mil laa hir roh maa niR Ro hiim… Bis mil laa(2) hir roh maa(2) nir ro hiim(2/4/6)

2. Al ham du lil laa hi rob bil 'aa la miiiiiin

3. Ar roh maa nir ro hiiiiiimm

4. Maa li ki yauu mid dhiiiiiinn

5. Iy yaa ka na' bu du wa iy yaa ka nas ta'iiiiiinn

6. Ih di naos shirotol mus ta qiiiiiimm

7. Sirotoal ladzi na an'am ta'alai him gh'airil maghdhu bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn


7 ayat Fatihah…
1. Bis mil laa hir roh maa niR Ro hiim


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
2. Al ham du lil laa hi rob bil 'aa la miiiiiin

-> Kalimah
ﭐﷲ disabdukan dan sebutannya ialah ‘Al-hamduliLLah’ Bukannya ‘al-hamdulilah’

-> Huruf
disabdukan dan sebutannya ialah ‘RoBBil’… Bukannya ‘Robil’..

->
الْعَالَمِينَ ialah Mad A'ridh Lis Sukun ketika wakaf perlu dibaca 2,4,6 harakat..


الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
3. Ar roh maa nir ro hiiiiiimm

->
رَبِّ Huruf Ro' ditebalkan. Pastikan ia ber taqrir iaitu lidah bergetar pada kalimah 'Ro' itu.

~
الرَّحِيمِ ialah Mad A'ridh Lis Sukun ketika wakaf perlu dibaca 2,4,6 harakat..


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
4. Maa li ki yauu mid dhiiiiiinn

->
مَالِكِ Huruf 'Kaf' yang bebaris kasrah bunyinya ialah 'Ki' bukannya 'Ke'..

->
يَوْمِ Huruf 'Ya' yang berbaris fathah bertemu dengan huruf 'Wau' yang berbaris sukun. Bunyinya 'Yauu' bukannya 'You'.
Dan huruf 'Mim' berbaris kasrah. Bunyinya 'Mi' bukannya 'Me'..

->
الدِّينِ Kalimah ini perlu dijaga tasydid pada huruf 'Dal. Pastikan ia ditekan dan bunyinya 'ADDin' bukannya 'Adin' ataupun 'Aden' ataupun 'Adden'..

->
الدِّينِ ialah Mad A'ridh Lis Sukun ketika wakaf perlu dibaca 2,4,6 harakat..


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
5. Iy yaa ka na' bu du wa iy yaa ka nas ta'iiiiiinn

->
إِيَّاكَ Huruf 'Alif' yang berbaris kasrah bunyinya 'Iy'. Perlu diberikan hak tasydid pada huruf 'Ya' dan bunyinya ialah 'Iyya' bukannya 'Iya'.. Sebutannya ‘IYYAKA’ bukannya ‘Iyaka’..
Huruf 'Kaf' berbaris fathah itu juga perlu dibunyikan 'Ka' bukannya 'Ko'..

->
نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ Huruf 'Ain' yang berbaris sukun. Pastikan di sukun dengan 'Ain' bukannya 'Hamzah'..
Huruf 'Dal' yang berbaris Dhommah perlu disebut 'Du' bukannya 'Do'.
Huruf 'Ya' itu perlu diberikan hak tasydid..

->
نَسْتَعِينُ ialah Mad A'ridh Lis Sukun ketika wakaf perlu dibaca 2,4,6 harakat..


اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
6. Ih di naos shirotol mus ta qiiiiiimm

->
اهْدِنَ Hamzah Washol dibaca baris bawah ketika ibtida'.. Pastikan juga ia disebut 'Ih' bukannya 'Eh'.

->
الصِّرَاطَ Huruf Shod dan Ro' ditebalkan..

->
الْمُسْتَقِيمَ 'Mim' yang berbaris Dhommah bertemu dengan huruf 'Sin' yang berbaris sukun bunyinya 'Mus' bukannya 'Mos'.
Huruf Qaf ditebalkan dan bunyinya bunyi 'Qim'..

->
الْمُسْتَقِيمَ ialah Mad A'ridh Lis Sukun ketika wakaf perlu dibaca 2,4,6 harakat..


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
7. Sirotoal ladzi na an'am ta'alai him gh'airil maghdhu bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn

->
صِرَاطَ Huruf Sod, Ro' dan Tho' ditebalkan..

->
الَّذِينَ 'Lam' perlu diberikan hak tasydid.Dan pastikan juga huruf 'Dzal' itu disebut 'Dzi' bukannya 'Zi'..

->
أَنْعَمْتَ 'Alif' bertemu dengan 'Nun' bunyinya ‘An’ bukannya ‘Ane’..

->
عَلَيْهِمْ غَيْرِ Tidak Dengung dan huruf Ghin ditebalkan..

->
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ Huruf Ro' dinipiskan dan Huruf Ghin ditebalkan..

->
وَلاَ الضَّالِّينَ Huruf Dhod ditebalkan..
Perlu dijaga harakat sebanyak enam harakat. Huruf 'Lam' yang ber tasydid itu perlu diberikan haknya. Pastikan ia disebut 'Dhoooooollin' bukannya 'Dhoooooolin'.. ‘Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (6 harakat),’

->
الضَّالِّينَ ialah Mad A'ridh Lis Sukun ketika wakaf perlu dibaca 2,4,6 harakat..


Sadaq allah hal aziim..



Hamba Ilahi ...

Basmalah..

Assalamualaikum ...



'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah..

Huruf ﺭ hendaklah disabdukan dan sebutannya menjadi ~BismillahiRRahmaan...~ BUKANNYA "BismilahiRahmaan..."

Huruf ﺭ hendaklah disabdukan dan sebutannya menjadi ~BismillahirrahmaaniRRahiim~ BUKANNYA "BismilillahirrahmaaniRahiim"

Huruf ﻱ hendaklah dipanjangkan.. Ia wajib dipanjangkan sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan.
(Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun...)

Hamba Ilahi ...

Thursday 31 January 2013

Mahalul Qiyam ...

Assalamualaikum...


Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.

Ya nabi salam ‘alayka, ya rasul salam ‘alayka.
Ya habib salam ‘alayka, Ya Rasulullah shalawatullahi ‘alayka.

Abrazallahul musyaffa’ shahibal qadril muraffa’.
Famalannurun nawahi, ‘amma kullil kawni ajma’.

Nukisat ashnamu syirkin, wa binasy-syirku tashadda’.
Wadanal waqtul hidayah, wahimal kufri taza’za’.

Marhaban ahlan wa sahlan, bika ya dzal qadril arfa’.
Ya imamahlir risalah, man bihi afatu tudfa’.

Anta fil hasyri miladun, laka kullul khalqi tafza’.
Wayunaduna tara ma, qad daha min hawlin aqtha’.

Thala’al badru ‘alayna. Min tsaniyyatil wada’i.
Wajabasy-syukru ‘alayna. Ma da’a lillahi da’i.
Falaha anta fatasjud, watunada asyfa’ tusyaffa’.
Fa’alaykallahu shalla, ma badan nuru wa sya’sya’.

Wa bikarrahmanu nas-al, wa ilahul ‘arsyi yasma’.
Ya adhiman manni ya rabb, syamlana bilmusthafajma’.
Wa bhihi fandhur ilayna, wa’thina bih kulla math-ma’.
Wakfina kullal balaya, wadfa’il afati warfa’.

Wasyqina ya rabb aghitsna YA ALLAH. Bihaya hath-thali bahma’YA ALLAH.
Rabbi fahgfir li dzunubi YA ALLAH, bibarkatil hadil musyaffa’YA ALLAH.
Wakhtimil ‘umra bihusna YA ALLAH , wa ahsinil’uqba wa marja YA ALLAH.

Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.

Wa shalatullahi taghsya, man lahul husnu tajamma’.
Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.
Ahmadath-thuhri wa alih, wash-shahabah mas-sanasya’.
Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.

Allahumma shalli wa sallim wa barik ‘alayhi wa ‘ala alihi.
 ***

Ya Nabi salam sejahtera bagiMU, Ya Rasul salam sejahtera bagiMU.
Ya Kekasih salam sejahtera bagiMU, Selawat Allah bagiMU.

Telah tiba dengan kehendak Allah pemberi syafa’at, Yang memiliki darjat yang dimuliakan.
Maka limpahan cahaya memenuhi segala penjuru, Meliputi seluruh alam semesta.

Maka berjatuhanlah patung-patung berhala di ka’bah, Dan tumbanglah sendi-sendi kemusyrikan.
Maka dekatlah saat-saat petunjuk, Dan benteng kekafiran pun bergoncang.

Salam sejahteralah atas kedatanganmu, Wahai pemilik darjat yang mulia.
Wahai Imam dan pemimpin para Rasul, Yang dengannya bencana-bencana terhapuskan.

Engkaulah satu-satunya harapan di hari Qiamat, Kepadamulah seluruh ciptaan berlindung dari kemurkaan Allah.
Kemudian mereka datang memanggil-manggilmu dengan penuh harapan, Ketika menyaksikan dahsyatnya kesulitan dan rintangan.

Maka kerana itulah Engkau (Rasulullah S.A.W) bersujud kehadrat TuhanMu,
Maka diserukan kepadaMu berikanlah syafa’at, kerana Engkau diizinkan memberi syafa’at.
Maka atasMu limpahan selawat dari Allah, Selama cahaya masih bersinar terang benderang.

Dan denganMu wahai Rahmat semesta alam, wahai pemilik Arasy yang sempurna
Wahai pemberi anugerah yang mulia, wahai Tuhanku kumpulkanlah kami kelak bersama baginda Rasulullah.
Dan demi Dia (Rasulullah S.A.W), maka pandanglah kami dengan kasih sayangMU, Dan berilah kami segala yang kami inginkan.
Dan hindarkanlah kami dari segala bencana, Dan jauhkanlah segala kesulitan, dan angkatlah sejauh-jauhnya.

Dan siramilah KAMI Ya Tuhanku dengan pertolonganMU YA ALLAH, Dengan curahan rahmatMU YA ALLAH..
Dan akhirilah usia KAMI dengan husnul khatimah YA ALLAH, Dan terimalah KAMI dengan baik saat kembali kepadaMu YA ALLAH..

Dan terlimpahlah selawat dari Allah, Baginya S.A.W yang kepadanya terkumpul segala kebaikan..
Ahmad yang tersuci serta keluarganya, Dan sahabatnya sebanyak cahaya..
Ya Allah Limpahkanlah Selawat dan Salam Sejahtera serta Keberkahan Padanya dan Pada Keluarganya..

Hamba Ilahi ...

Thursday 24 January 2013

Sanah Helwah Ya Rasulullah ...

Assalamualaikum ...



12 Rabiulawal
Lahirnya insan TERMULIA dari keturunan Bani Hasyim..
Lahirnya dalam Keadaan bercahaya yang menerangi alam..
DIA Rahmatan lil a'lamin ♥
Lahirnya membawa rahmat sekelian alam..

Qomarun dhabath sarii rawtuhu
Wasaja yahu wasiraw tuhu
Safwatul bari waghri raw tuhu
‘Adlu ahlil hilli waharaw mi...
Baginda S.A.W Seperti bulan indah dan baik adalah hatinya,
Watak dan cara hidup beliau sangat terpuji..
Beliau adalah yang paling tulin dan terpilih,
Seorang saksi yang benar bagi orang-orang yang betul dan salah..

Kami MerinduiMU Ya Rasulullah...... :'(

Salam Maulidur Rasul Kepada Semua Umat Muhammad S.A.W

Hamba Ilahi...

Saturday 12 January 2013

Kata-Kata Yang Indah Oleh Adik Tersayang ...

Assalamualaikum...




*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:**.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*゚¨゚✎・ ✿.。.:**.:。✿*゚¨゚
`·.¸.·``(´'`v´'`)(¯`v´¯)(¯`v´¯)(¯`v´¯)♥♫♥♥
`•.¸.•`..BUAT KAKAK KU TERSAYANG`•.¸.`•.¸ .•`

Assalamu'alaikum...
Buatmu kakak kesayanganku

Wahai kakak kesayangan ku..
teringat aku padamu
Allah mengirimkan perasaan ingin mengenali mu
Kuhulurkan salam pengenalan
ikatan ukhuwah mula tersimpul bersama izin dariNYA

Wahai kakak kesayangan ku..
dalam kejauhan kita merasa semakin dekat
dalam kerinduan hati kita semakin erat
betapa indah ukhuwah yang terikat
hanya tarian jari yang tak mampu berjabat

Wahai kakak kesayangan ku..
saat kau mengirimkan selaut kasih
dan rindu tanpa ada yang tahu
saat itu titis jernih mengalir laju
hati benar-benar terharu
betapa anugerah Allah
hanya DIAlah Penentu
memberi tanpa ada batas waktu
memberi pada kita yang serba tidak tahu

Wahai kakak kesayangan ku..
Benarlah katamu
sebenarnya kita ini mencari redhaNYA
bersama kasih dan rindu yang ada
kita ingin menjejaki Syurga
ingin bersama berpimpinan tangan disana
bersama kita meminta dalam doa
dan usaha menjadi diri seorang hamba yang bertaqwa...
dan moga kasih sayang akan kekal selamnya...
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:**.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*゚¨゚✎・ ✿.。.:**.:。✿*゚


~Doa akak sentiasa bersamamu Hana ...~

Hamba Ilahi ...

Friday 11 January 2013

IbuBapa mencorak anak-anak ...

Assalamualaikum ...



Jangan salahkan anak-anak jika perangai mereka tidak menyenangkan mata KITA...
Jangan salahkan anak-anak jika mereka jauh dari landasan AGAMA...
Jangan tundingkan jari kepada anak-anak kerana tidak dapat membantu KITA ke Syurga...
Jangan salahkan anak andai KITA sendiri MENYEDUT, MAKAN dan MINUM benda yang HARAM...
Setiap yang KITA sedut dan makan itu akan dikitar menjadi darah dan akan menjadi air mani yang menghasilkan zuriat..
Betulkan diri KITA demi ANAK-ANAK yang bakal menjadi khalifah di bumi ALLAH..!!..
Jika darah KITA bersih pasti zuriat KITA akan mengibarkan panji-panji ISLAM kelak..!!..

Sabda Baginda S.A.W:~
Kullu lahmin nabata minal harami, fan naaru aula bihi...
Setiap daging yang tumbuh atau dihasilkan dari sesuatu yang haram maka nerakalah yang pantas menjadi tempatnya...

Hamba Ilahi...

Tuesday 8 January 2013

Basahkan Bibir Dengan Zikirullah ...

Assalamualaikum ...


Sabda Baginda S.A.W:~
Barangsiapa yang berzikir kepada Allah setiap selesai solat
bertasbih Subhanallah 33X
bertahmid Alhamdulillah 33X
dan bertakbir Allahu akbar 33X
Maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99..
Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut....
(H.R. Muslim)...

Mari renung sebentar...

KITA zikir seperti yang di atas setelah SUBUH maka terampunlah dosa sebanyak buih di lautan..
SUBUH ke ZOHOR ada lebih kurang 7 jam. KITA melakukan rutin harian dalam 7 jam ini. Yang pasti kadangkala ada terselit salah dan dosa. Dan setelah solat ZOHOR, KITA baca zikir ini maka terampunlah dosa sebanyak buih di lautan walaupun dosa KITA tidak sempat terkumpul sebanyak buih di lautan.
Kemudian tiba ASAR.. ZOHOR ke ASAR ada lebih kurang 3 jam. Dalam 3 jam ini sempatkah KITA melakukan selautan dosa? Tentu jawapannya TIDAK.. Tetapi selepas solat ASAR, KITA baca lagi zikir ini maka terampunlah dosa KITA.
Begitu juga ASAR ke MAGHRIB ada lebih kurang 3 jam. MAGHRIB ke ISYA pula ada lebih kurang 1 jam. Selesai setiap solat KITA baca zikir ini maka sentiasa terampun dosa KITA sebanyak buih-buih lautan.

Allahu Akbar..
KITA diberi peluang untuk diampunkan dosa yang KITA lakukan setiap jam di solat yang seterusnya. TETAPI sayang tidak ramai yang mengambil peluang ini...
KITA cuma perlukan masa 5 minit sahaja untuk berzikir dan mendapat keampunan dari Allah. TETAPI berapa ramai yang diantara KITA benar-benar melakukannya???

ALLAH..
DIA yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang setiasa membukakan kepada KITA peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan..
SOLATlah dan ZIKIRlah... Gunakanlah peluang ini selagi nafas belum terHENTI..!!..


Hamba Ilahi...

Monday 7 January 2013

Ibu dan Ayah ...

Assalamualaikum...







Ibu dan Ayah....
Mereka adalah insan yang dipandang mulia dalam Islam... ♥

KITA sebagai anak WAJIB taat dan hormat kepada mereka.. Kerana ini PERINTAH Allah kepada setiap umat Islam...

KITA renung sebentar firman Allah dlm surah An Nisa : 36
~Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua IBUBAPA.....

Dan Allah ULANG lagi dlm Surah-surah lain.....

~Marilah, aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah kamu membuat baik kepada IBUBAPA....
(Al-An’aam :151)......

~Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada IBU BAPA.....
(Al-Isra :23) ....

Ini perintah Allah....
Jadi kita WAJIB taat...
Melawan ibubapa seolah-olah melawan perintah Allah...

Kasihilah mereka selagi mereka masih bernafas...
Sayangilah mereka selagi mereka masih di mukabumi ini....
Berlembutlah dengan mereka selagi mereka berada di sisi KITA....

Saya sayang Mak dan Abah sangat-sangat :'( ......

Hamba Ilahi...