Friday 4 January 2013

Islamnya Saidina Abu Bakar R.A

 Assalamualaikum ...



Saidina Abu Bakar berasal dari keturunan Bani Ta'im. Saidina Abu Bakar ialah seorang pedagang. Pada suatu hari sedang Saidina Abu Bakar berdagang dia telah bertemu dengan seorang pendita yang masih berpegang pada ajaran kitab Taurat.
Pendita itu menerangkan kepada Saidina Abu Bakar bahawa akan ada seorang Nabi akhir zaman dan Nabi akhir zaman itu akan dibantu oleh dua orang sahabat.. Seorang separuh umur dan seorang yang muda. (Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar)
Pendita itu menerangkan lagi tanda-tanda sahabat yang separuh umur antaranya ada tahi lalat di perutnya dan ada satu tanda di paha kirinya. Saidina Abu Bakar r.a menunjukkan tanda di perutnya seperti yang disebutkan oleh pendita itu.

~Begitu jelas!! mereka kaum yahudi sangat mengenali Baginda S.A.W dan Sahabat-sahabat Baginda tetapi mereka menyembunyikan kebenaran dan menentang ISLAM... Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:146
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui... ~

Kemudian Pendita itu mengarang syair dan meminta Abu Bakar r.a menyampaikan syairnya kepada Rasul itu. Abu Bakar pun pulang ke Makkah bersama syair itu..

Sampai di Makkah, sudah gempar berita kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.  Saidina Abu Bakar r.a. pergi bertemu dengan Baginda S.A.W. Abu Bakar r.a menyampaikan perasaan kurang senang penduduk Makkah kepada Baginda S.A.W dan ajaran yang dibawa oleh Baginda S.A.W. Lalu Baginda S.A.W bersabda "Akulah Rasul yang diutuskan kepada kamu dan kepada semua manusia."
Saidina Abu Bakar r.a. bertanya " Kenapa kepada aku juga? Apakah buktinya?"
Jawab Baginda S.A.W " Orang tua yang kamu temui di Yaman beberapa hari lalu. Orang tua yang menulis syair itu!"
Abu Bakar bertanya dalam kehairanan "Siapakah yang memberitahu kamu?"
"MALAIKAT Allah yang memberitahu kepadaku" Jelas Rasulullah S.A.W

"Hulurkanlah tanganmu........'' Kata Abu Bakar ...
Kemudian Abu Bakar meletakkan tangannya diatas tangan Baginda dan melafaskan..........
“Ashadu a'la ilahailallah, wa annaka rasulullah” ............ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya engkau adalah utusan Allah....

Inilah Saidina Abu Bakar yang terus setia disisi Baginda dan yang sentiasa membenarkan Baginda S.A.W ...


Hamba Ilahi ...

No comments:

Post a Comment