Tuesday 8 January 2013

Basahkan Bibir Dengan Zikirullah ...

Assalamualaikum ...


Sabda Baginda S.A.W:~
Barangsiapa yang berzikir kepada Allah setiap selesai solat
bertasbih Subhanallah 33X
bertahmid Alhamdulillah 33X
dan bertakbir Allahu akbar 33X
Maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99..
Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut....
(H.R. Muslim)...

Mari renung sebentar...

KITA zikir seperti yang di atas setelah SUBUH maka terampunlah dosa sebanyak buih di lautan..
SUBUH ke ZOHOR ada lebih kurang 7 jam. KITA melakukan rutin harian dalam 7 jam ini. Yang pasti kadangkala ada terselit salah dan dosa. Dan setelah solat ZOHOR, KITA baca zikir ini maka terampunlah dosa sebanyak buih di lautan walaupun dosa KITA tidak sempat terkumpul sebanyak buih di lautan.
Kemudian tiba ASAR.. ZOHOR ke ASAR ada lebih kurang 3 jam. Dalam 3 jam ini sempatkah KITA melakukan selautan dosa? Tentu jawapannya TIDAK.. Tetapi selepas solat ASAR, KITA baca lagi zikir ini maka terampunlah dosa KITA.
Begitu juga ASAR ke MAGHRIB ada lebih kurang 3 jam. MAGHRIB ke ISYA pula ada lebih kurang 1 jam. Selesai setiap solat KITA baca zikir ini maka sentiasa terampun dosa KITA sebanyak buih-buih lautan.

Allahu Akbar..
KITA diberi peluang untuk diampunkan dosa yang KITA lakukan setiap jam di solat yang seterusnya. TETAPI sayang tidak ramai yang mengambil peluang ini...
KITA cuma perlukan masa 5 minit sahaja untuk berzikir dan mendapat keampunan dari Allah. TETAPI berapa ramai yang diantara KITA benar-benar melakukannya???

ALLAH..
DIA yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang setiasa membukakan kepada KITA peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan..
SOLATlah dan ZIKIRlah... Gunakanlah peluang ini selagi nafas belum terHENTI..!!..


Hamba Ilahi...

No comments:

Post a Comment