Saturday 31 December 2011

Lahirnya 2012...............

Assalamualaikum....

Berakhir sudah tahun 2011. Bermaksud bermulalah lembaran baru dalam kalendar kehidupan.. 
2011 menyajikan ku 1001 pengalaman yang sukar untuk dilupakan.. Banyak duri dalam liku-liku kehidupan yang telah ditempuhi..
Tapi aku bersyukur kehadrat ilahi setiap ujian yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang baik...
 "Kita tak sedar yang Allah sentiasa memakbulkan doa kita dengan ujian-ujianNYA" Ku selalu ucapkan kata-kata ini kerana ku tahu Allah tidak akan menguji umatnya sekiranya umatnya itu tak mampu menghadapinya.... 


Ku bErharap dengan lahirnya tahun 2012 ni hidup kita dirahmati Allah, dipermudahkan segala urusan, dan semoga tarikh-tarikh di kalendar hidup 2012 kita dipenuhi dengan kegembiraan.. Amin Ya Allah...

p/s hope kawan-kawan ku yang masih ber'bujang' tu akan bertemu dengan 'jodoh' yang ditepkan olehNYA .. termasuklah aku hehe....


Hamba ilahi....

Sunday 18 December 2011

Untuk Renungan .....

Assalamualaikum...
  
"" Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak..
Pada suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung pelbagai masalah ke arah pak cik tua tersebut..
Langkahnya longlai xbersemangat..
dan air muka yang pucat tak bermaya..
Tamu itu, memang tampak seperti orang yang tak bahagia..
Tanpa membuang mase, anak muda itu menceritakan semua masalahnya kpd pak cik itu..
Ceritenya...Impianya tidak tercapai..Dia gagal dalam kehidupan dan percintaan..
Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan teliti dan saksama. Dia lalu mengambil segenggam garam dan meminta tamunya untuk mengambil segelas air.
Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu dikacaunya perlahan-lahan dengan sudu.
"Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..",ujar Pak tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali", jawab sang tamu, sambil meludah ke tepi..
Pak Tua itu sedikit tersenyum. Lalu dia mengajak anak muda ini untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya.
Kedua-duanya berjalan beriringan..jalan punya jalan, akhirnya sampailah mereka di tepi telaga yang tenang itu.
Pak Tua itu lalu kembali menaburkan segenggam garam ke dalam telaga itu.
Dengan sepotong kayu, dibuatnya gelombang kacauan dan terciptalah riak2 air, mengusik ketenangan telaga itu.
"Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah".
Saat tamu itu selesai meneguk air itu, Pak Tua berkata lagi, "Bagaimana rasanya?".
"Segar.", sahut tamunya.
"Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?",tanya Pak Tua lagi.
"Tidak", jawab si anak muda.
Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk bahu si anak muda..
Dia mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.
"Anak muda, dengarlah.Pahitnya kehidupan, adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang..
Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki.Kepahitan itu, akan di asaskan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan..
Lapangkanlah dadamu menerima semuanya..
Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu..
Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas..
Kamu akan banyak belajar daripadanya"
Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat.
 "Hatimu, adalah wadah itu..
Perasaanmu adalah tempat itu..
Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya..
Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan." 
Kedua-duanya lalu berganjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu..Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan "segenggam garam", untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa""
Terdetik dihati untuk share cerita yang pernah aku baca. Pertama kali bila aku membaca cerita ini aku hanya mampu tersenyum. Pakcik Tua tu cuba menyampaikan mesej yang tepat dengan maksud yang mendalam...
Hidup ini ibarat pantai yang sentiasa dipukul ombak. Hidup ini sentiasa dipukul oleh pelbagai masalah duniawi..
Tapi walau apa jua yang menimpa kita sebagai seorang insan kita harus tabah dan redha. Semua yang terjadi ada hikmahnya....
Semoga Allah Berkati Kita Sebagai Hambanya...
Hamba iLahi....

Friday 9 December 2011

Taubat Seorang Hamba ....

Assalamualaikum





Taubat seorang hamba. Bila dihayati setiap bait-bait dalam lagu ini begitu menyentuh kalbu.. Sayu hati ku setiap kali mendengar lagu ini.. Menitik air mata ku bila terkenangkan dosa yang telah dilakukan.. Kata-kata yang begitu dalam maksudnya dan menimbulkan kesedaran tentang hakikat kehidupan..

''Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini..... ''


Hayati lah video ni .. :D

Hamba ilahi ...

Tuesday 6 December 2011

TerSentuh Hati .....

Assalamulaikum...

Tersentuh hati aku bila terbaca pasal kiriman kad raya aku kat belog c mimiko....
Aku beruntung sebab di pertemukan dengan sahabat seperti mereka-mereka ni ....
Semoga persabatan kita berkekalan hingga akhir hayat... Amiinnn

 

Kad Raya.. Ada lagi Ka?






Dah tentu la ada. Kad raya bagi aku memberi nilai yang berharga buat pengirim dan penerima. Antara hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Apatah lagi sempena bulan yang mulia ini :')

Dulu aku selalu bagi kad raya, selalu jugak menerima kad raya. Seronok sebenarnya bila membaca kad raya yang dikirimkan oleh sahabat-handai cuma sekarang ini fenomena kad raya ditenggelami dengan kecanggihan alam siber. Ada pula website macam FB, sekali upload satu gambar, tag ramai-ramai. Hehehe :')

Thanks VirGo @ ViRPO sahabat dr VF kerana sudi mengirim kad raya buat aku :')

Sunday 27 November 2011

Hati Yang Malu....

Assalamualaikum...
Ya Allah, terkadang aku malu mengadapmu, Terkadang aku malu memohon keampunan dari mu, terkadang aku malu memandang langitmu dan segala keindahan alammu ini Allah. Aku hambamu yang kerdil aku hambamu yang leka dan aku hambamu yang lalai.. Seringkali aku melakukan dosa terhadapmu, dan seringkali itu juga aku memohon kemaafan darimu.. Aku malu, aku malu, aku melakukan dosa dengan panca inderamu, aku malu melakukan dosa dengan nikmatmu yang tidak terkira dan aku malu melakukan dosa dengan kedua belah kakiku berpijak diatas bumimu ini..


Dan hari ini adalah antara hari yang aku berasa sangat malu terhadapmu Ya Allah.. Hari ku kumulakan dengan rasa bersalah dan rasa kecewa terdahap diriku.. Hariku dimula dengan kelakuan dosa ku, hariku dimula dengan sifat sambil lewa ku, hari ku dimula dengan sifat tidak sabarku, hariku dimula dengan sifat amarahku.. Allah, hinanya aku berpijak diatas bumimu dan berpayungkan langitmu.. Seakan tidak layak bagi ku untuk berpijak dibumimu ini..


Hatiku hampa, hatiku sedih memikirkan perkara-perkara dosaku.. Namun aku risau aku mungkin akan mengulanginya lagi kemudian hari.. Aku beristighfar kepadamu dalam masa yang sama aku takut aku bakal membatalkan istighfarku.. Astaghfirullah Hal Azim.. Tuhan yang maha pengampun, hanya padamu aku memohon keampunan dan hanya padamu sahaja aku bertaubat.. Mungkin aku tidak kuat untuk tidak melakukan dosa, dan mungkin aku tidak kuat untuk terus tidak melakukan dosa.. Tetapi tidaklah pernah jemu aku bertawakal kepadamu dalam aku bersabar meninggalkan segala laranganmu dan segala dosa-dosamu..
Ampunilah hamba mu ini Ya Rob,
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti dgn membawa dosa yg men'gunung tinggi??
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana, Hanya RAHMAT dan KASIH SAYANG mu ku pohon agar dapat meringn kn beban yg mencengkam jiwa dan raga ku.


Andainya ESOK bukan milikku lagi, Dan mata pun ku x pasti akan terbuka lagi..........
Hamba ilahi...

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 ...

Assalamualaikum...


DOA AKHIR TAHUN
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini kami telah melakukan laranganMu tetapi kami masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetap kepada kami. Engkau telah memerintahkan supaya kami bertaubat dari kesalahan itu.
Sesungguhnya, pada hari ini, kami memohon keampunan dariMu, ampunilah kami dan apa yang telah kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka kami memohonnya daripada Engkau.
Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin, Ya Rabbil Alamin.

 


Kita berada diambang Tahun Baru Kalender Islam. Semoga apa yang kita lakukan Selama ini diberkati hendaknya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi oleh Cahaya Keimanan dariNYA. Semoga buku baru yang dibuka ini akan diisi dgn amal kebaikkan... Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua kengkawan ku.....

Hamba ilahi...

Friday 25 November 2011

Allah is watching

Assalamualikum....

Kali ini aku copy and paste karya Tehzeeb untuk dihayati bersama. Cukup indah dan dalam maksudnya.. Pertama kali baca terus terpaut di hati.


There's not a secret you can hide
There's not a way you can lie.

...
You think you can skip prayers..
They say: who cares?.

You listen to songs
But oh how you are wrong.

You seem so happy
But inside your head
You're full of dread.

Yes, Allâh is Watching.
Do you know it is all written?
Nothing you are gettin'

It seems you're full of regret
You sweat as there is some threat

It's time for you to ask for forgiveness
You are a false witness.

Allâh is all Merciful.
Does Allâh not know what you do?
What you hide?

There is time for forgiveness
Until the soul reaches the throat
It is the word that Allah write.

So ask for mercy
Bow down to your Lord
You will surely cry
Many tears in your eyes

Then Allâh does bless you
For He is oft-Forgiving and oft-Merciiful.

Do you then realize..
That all this time..
You are doing a great crime?

And that Allâh knows
because...

ALLAH IS WATCHING.... ♥

 [Written by: Tehzeeb]
 

Hamba ilahi...

Thursday 24 November 2011

Bila Hati Di Duga....

Assalamualaikum...

Allah sentiasa menguji umat nya dengan pelbagai dugaan. Kita semua pasti tidak dapat lari dari ujian Ilahi.
Kadangkala terasa diri ini lemah selemah lemahnya. :( Sehingga tidak mampu untuk berfikir secara waras. Apabila kesusahan datang menerpa diri kita, Apabila Hati ditindih dengan pelbagai kegusaran, dan apabila kecemasan bertindih-tindih menghimpit kita maka ucaplah ......


Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
( QS. Al-Baqarah: 286)



Hamba ilahi,
....

Friday 18 November 2011

Lahirnya Engkau Hari ini .....

Assalamualaikum....

Lahirnya seorang manusia di muka bumi untuk merasa kehidupan di dunia yang fana.

Bila direnungkan, betapa indahnya kejadian seorang manusia. Betapa gembira seorang ibu kandungkan anak kesayangannya dengan harapan yang besar. Harapan bahawa anak yang dikandungkan selama 9 bulan akan berjasa kepada semua. berjasa kepada dirinya yang bersusah payah melahirnya, kepada ayahnya yang berkerja keras untuk memberi keselesaan kepada mereka sekeluarga. Sesungguhnya itu juga yang diinginkan oleh setiap anak. Menjadi anak yang baik.
Menjadi seorang insan bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai dugaan, pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dilalui oleh kita.
Ada masa kita berasa gembira, ada masa pula kita terlalu sedih. Kadangkala kita terfikir ''mengapa harus aku dilahirkan''
Hmmmm... Betapa bodoh ayat yang dilahirkan oleh benak insan yang dilanda masalah duniawi. Di sini lah kita mula lupa diri. Lupa kesusahan para ibu yang melahirkan kita. Dugaan yang dihadapi mereka semasa kandungkan kita. Kepayahan kita dilahirkan. Walaubagaimanapun ibu gembira dalam kesakitan setelah mendengar suara kecil kita yang menangis setelah keluar dari rumah yang ditumpang selama 9 bulan.

“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)
                             
Allah menyebut “kematian dan kehidupan” bertujuan memberi gambaran kepada kita bahawa semua makhluk termasuk kita berasal daripada keadaan tiada, sehinggalah Allah menciptakan kita. Pada masa itu bermulalah kehidupan kita dari alam roh, kemudian kita berpindah ke alam rahim, lalu dilahirkan oleh ibu ke alam dunia. Di dunia kita melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Kemudian apabila sampai masa yang ditetapkan kita meninggalkan dunia dan transit di alam kubur, menanti tibanya Hari Kebangkitan (Qiyamah), hari yang amat dahsyat dan menggerunkan, merupakan pintu masuk ke sebuah alam yang kekal abadi, itulah alam Akhirat. Apabila berlakunya Hari Qiyamah berpindahlah kita dari alam kubur ke alam akhirat. Di alam ini, kita juga melalui kehidupan dalam seribu satu macam keadaan. Cuma bezanya, jika di dunia kita sengsara, sengsara akhirat berkali-kali ganda dahsyatnya; jika di dunia kita bahagia, bahagia akhirat berkali-kali ganda nikmatnya. Bahkan perbezaan terbesar adalah; sengsara atau bahagia di dunia adalah sementara, tetapi sengsara atau bahagia di akhirat kekal selama-lamanya.
Hari demi hari kita jalani hidup ini. Jatuh kita bangun kita. Ini adalah lumrah. Lumrah yang harus ditempuhi manusia.
Kadangkala kita tabah menghadapi semua itu. Kadangkala pula kita menyesal dan cuba lari dari semua itu. Walauapa pun kita lakukan sesuatu perkara itu pasti aka berlaku.
Justeru, seharusnya jelaslah kini kepada kita bahawa hakikat kehidupan merupakan satu hakikat yang sangat luas, sangat panjang dan tiada penghujungnya. Apa yang pasti, nasib keadaan kehidupan kita yang panjang ini hanya ditentukan oleh masa hidup kita di dunia yang sangat singkat ini. Apalah nilainya kalaupun kita dipanjangkan umur sehingga seratus tahun di dunia, sedangkan hanya satu hari di akhirat sudah menyamai 1000 tahun masa di dunia.
Jadi dunia ini hanya pusat latihan dan pusat pernilaian untuk menempuh zaman akhirat kelak.
Perbaikilah keburukkan. Kuatkan iman. Tingkatkan usaha untuk terus maju dalam kehidupan. Walaupun dunia hanya tempat singgahan sementara tetapi ianya penuh bermakna. Jangan rugikan setiap masa yang dilalui.
Insyaallah kehidupan kita dirahmati ALLAH....

Hamba ilahi ....

Tuesday 15 November 2011

Hati .....

Assalamualaikum ...

Hati

Dari Hati lahirnya perasaan. Dari hati juga lahir keikhlasan.
Kerana Hati aku menangis. Kerana Hati jugalah aku tersenyum.
Kerana Hati aku bersedih. Kerana Hati jugalah aku ketawa.
Hati ini diduga dengan pelbagai ujian. Dihimpit dengan beribu kesukaran namun aku yakin ada manis di penghujungnya..
Hati ialah ciptaan Allah yang maha agung, Allah Maha berkuasa sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan oleh ilahi memberi sejuta kemanisan pada manusia. 


Allah memegang hati itu..
Andai hati itu terluka, ingatkanlah ia tentang Penyembuhnya. Agar DIA kirimkan penawarnya.
Andai hati itu kecewa, ingatkanlah ia tentang Pelindungnya. Agar DIA usirkan segala duka.
Andai hati itu terpalit dosa, ingatkanlah ia tentang Pengampunnya. Agar DIA bersihkan debu noda.
Andai hati itu gundah gulana, ingatkanlah ia tentang Pentadbirnya. Agar DIA hembuskan tenang ke dalam mu..
Dan ingatlah .....
ALLAH lah Pemegang Hati Kita ...

Tanpa Hati kita sebenarnya buta......


Hamba ilahi,

Terdetik di hati ......

Assalamualaikum...
Dengan lafas bismillah aku sebagai seorang hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini ingin memulakannya semula ....
Rasanya dah lama aku tidak ber'blog'.. Dulu-dulu pernah ada blog tapi dah berhabuk, rasanya dah bersarang juga..
Hari ini entah mengapa terdetik di hati ku untuk mencoret dan berkongsi ILMU ....
Semoga rumah baru ini tak berhabuk dan tak bersarang macam rumah lama dulu.


Hamba ilahi,