Thursday 20 December 2012

Nabi Yusuf a.s ...

Assalamualaikum...


Nabi Yusuf a.s ialah anak kepada Nabi Yakub a.s...
Pada suatu hari di zaman Nabi Yusuf masih kanak-kanak, beliau bermimpi melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadanya. Nabi Yusuf segera memberitahu ayahnya tentang mimpi tersebut. "Janganlah kamu ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan rancangan jahat terhadap kamu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. '' Nabi Yakub a.s segera memberi pesanan kepada Nabi Yusuf.

Saudara-saudaranya Nabi Yusuf iri hati dengannya kerana mereka rasakan ayah mereka lebih sayang kepada Yusuf. Kemudian mereka pun berkumpul dan merancang agar Yusuf dijauhkan dari ayahnya dan kasih sayang itu akan beralih kepada mereka.

Salah seorang di antara mereka mencadangkan agar Yusuf dibunuh atau dibuangkan ke tempat yang jauh. Tetapi ada di antara mereka ada yang menolak cadangan membunuh Yusuf dan mencadangkan supaya Yusuf ditolak ke dalam perigi yang berada jauh dalam tempat tinggal mereka supaya nanti akan ada yang mengambilnya dalam perigi itu. Dan kesemua mereka bersetuju dengan cadangan tersebut...

Kemudian mereka pun berjumpa ayah mereka dan berkata :~“Ayah, kenapa ayah tidak mempercayai kami, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menginginkan kebaikan baginya. Izinkanlah dia mengikuti kami, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya.”

Nabi Yakub berkata, “Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan aku, dan aku pula bimbang dia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya.”

Mereka menjawab, “Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi.”(Ayat untuk meyakinkan ayah mereka)...

Setelah mendapat keizinan ayah mereka keesokan paginya mereka keluar membawa Yusuf ke gurun sambil menggembala kambing-kambing mereka. Setelah mereka berada jauh dari ayah mereka, mereka mula melakukan rancangan mereka. Mereka membelasah dan mereka membuka baju Yusuf kemudian menolak Yusuf ke dalam perigi. Ketika itu Allah menurunkan wahyu kepada Yusuf, “Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak ingat lagi''...

Setelah berjaya menjalankan rancangan jahat itu mereka pun  berlari pulang dalam keadaan menangis dan memberitahu ayah mereka bahawa Yusuf telah dimakan serigala ketika mereka menyuruh Yusuf menjaga barang-barang mereka.
Kemudian mereka menunjukkan bukti baju yang berlumuran darah itu kepada ayah mereka.

Tetapi Nabi Yakub melihat keadaan baju itu dan berkata :~ “Sungguh pelik serigala! serigala itu memakan Yusuf tanpa mengoyakkan pakaiannya dan keadaan baju ini masih elok seperti dibuka dengan cermat.”  Dan Beliau berkata lagi “Kalau demikian, bersabarlah adalah sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu."

Nabi Yusuf a.s yang berada dalam perigi itu telah dijumpai oleh seorang pedagang yang hendak menuju ke Mesir. Yusuf adalah kanak-kanak yang tampan menawan hatinya dan dia membuat keputusan untuk menjual Yusuf di Mesir.....


~Cerita ini diturunkan kepada KITA agar dijadikan teladan. Kerana sikap iri hati manusia sanggup menikam saudara sendiri. Dan Allah juga mahu KITA tahu sepandai-pandai rancangan jahat dan sebanyak-banyak penipuan untuk menutup kesalah PASTI akan ada satu BUKTI untuk Kebenaran. Itulah yang jadi dalam cerita ini. Sepandai-pandai mereka untuk meyakinkan ayah mereka bahawa adik mereka telah mati dimakan serigala tetapi ada satu BUKTI yang menunjukkan yang adik mereka Yusuf tidak dimakan serigala, iaitu keadaan baju yang dibuka secara cermat!..
Inilah sedikit perkongsian kisah Nabi Yusuf a.s yang terdapat dalam surah Yusuf..~


Hamba Ilahi ...

No comments:

Post a Comment