Saturday, 15 December 2012

Pokok Kurma Condong ...

Assalamualaikum...
 
Cerita ini diriwayatkan oleh Ibni Abbas. (Abdullah bin Abbas R.A) Beliau ialah sepupu kepada Baginda Nabi S.A.W..
 
Di Madinah terdapat seorang pakcik yang memiliki banyak pokok kurma. Dan ada sebatang pokok kurma yang condong ke kawasan rumah jirannya yang miskin dan tidak ada makanan.
Suatu hari, pemilik pokok kurma tersebut memanjat pokok kurma condong miliknya itu untuk memetik buah kurma. Agaknya disebabkan pokok kurma bergoyang-goyang maka terjatuhlah beberapa biji buah kurma ke dalam kawasan rumah jirannya yang miskin.
Maka berlarilah anak-anak jiranya yang miskin itu dan mendapatkan buah kurma yang jatuh di dalam kawasan rumah mereka lalu mereka pun makan.
Dengan segera si pemilik pokok kurma condong tersebut turun dari pokok kurma dan bergegas menuju ke rumah jirannya yang miskin itu. Dia merampas buah kurma daripada tangan budak-budak tersebut sehinggakan yang ada di dalam mulut pun dikorek keluar dengan jarinya.
 
Jiran miskin itu merasa sedih dengan perbutan pakcik tersebut. Kemudian dia pergi mengadu kepada Baginda S.A.W tentang kelakuan jirannya dan nasib malang anak-anaknya. Setelah mendengar ceritanya Baginda Nabi S.A.W menyuruh si miskin itu  balik dan Baginda S.A.W menuju ke rumah pemilik pokok kurma condong.
 
Sampai di rumah pemilik pokok kurma. Rasulullah Yang Mulia menyampaikan niatnya untuk membeli pokok kurma condong itu dengan harga sebatang pokok kurma di SYURGA.
~Ana ulangi, membeli pokok kurma condong itu dengan harga sebatang pokok kurma di SYURGA.. Kalau Pokok Kurma Di SYURGA maksudnya Pemiliknya pun pasti berada di SYURGA juga....~
 
"Ya Rasulullah, aku sebenarnya sayang dengan pokok kurma ini. Jadi aku tidak mahu menjualnya.." kata pakcik itu.
Maka Baginda S.A.W pun tidak berkata apa-apa kerana pokok kurma itu milik pakcik tersebut dan itu hak dia.
 
Pada masa itu ada beberapa sahabat Baginda yang telah terlihat dan terdengar segala yang perbualan antara Nabi S.A.W dengan pemilik kurma tersebut. Dan salah seorang daripada sahabat tersebut pergi berjumpa Baginda S.A.W dan bertanya..
"Ya Rasulullah, kalau aku dapat membeli pokok kurma condong yang kamu hajatkan tadi. Adakah aku akan mendapat sebatang pokok kurma di SYURGA seperti yang engkau tawarkan?"
Baginda menjawab..
"Ya.!. Jika kau dapat membeli pokok kurma yang condong itu, kau juga akan mendapat sebatang pokok kurma di syurga"
 
Lalu sahabat tersebut pergi menuju ke rumah pemilik pokok kurma condong dan bertanya:
"Pakcik, Aku sama seperti kamu tetapi aku ada satu ladang pokok kurma dan tujuan kedatangan aku adalah untuk membeli pokok kurma pakcik yang condong ini. Berapa harga pakcik nak jual?"
 
Lalu pemilik pokok kurma menjawab:
"Sebenarnya aku sangat sayang dengan pokok kurma yang sebatang ini. Rasulullah hendak mengantikan dengan pokok kurma di Syurga pun aku tidak mahu."
Kata sahabat lagi :
"Tapi aku masih mahu membelinya, dan mengikut harga yang pakcik mahu."
 
Maka Pemilik itu meletakkan nilai yang tinggi dengan harapan sahabat tadi tidak membelinya:
"Baiklah kalau kamu setuju dengan harga yang aku inginkan maka aku akan jual pokok kurma yang sebatang ini dengan 40 batang pokok kurma sebagai tukaran"
 
"Baiklah aku setuju, dan aku akan membelinya" kata sahabat tersebut.
 
"Kalau engkau sudah bersetuju. Bersaksikanlah dengan nama Allah" Pinta pemilik pokok kurma itu.
 
"Ya aku bersaksi dengan nama Allah. Aku akan menukarkan 40 batang pokok kurma dengan sebatang pokok kurma yang condong ini"
 
Setelah mereka bersetuju maka terjadilah jual beli antara Sahabat dan Pemilik kurma tersebut. Lantas sahabat tadi pun terus bergegas berjumpa Baginda S.A.W dengan gembira dan memberitahu bahawa dia telah membeli pokok kurma yang Rasulullah inginkan.
"Ya Rasulullah, aku sudah membeli pokok kurma condong dan aku serahkan pokok kurma ini kepada engkau Ya Rasulullah." Kata Sahabat dengan begitu gembira sekali.
Baginda S.A.W menerima pemberian itu dan terus bergegas ke rumah orang miskin tadi dan Baginda menghadiahkan pokok kurma yang condong itu kepada mereka.
Gembiranya anak-anak mereka kerana diberi pokok kurma. Hadiah daripada Nabi yang mana pokok kurma itu di hadiahkan kepada Nabi oleh sahabatnya.
 
 
~Ya Allah.. Indahnya suasana bermurah hati dan menderma yang di pupuk oleh Baginda S.A.W demi meraih Syurga tercinta....~

Hamba Ilahi...

1 comment:

  1. Dapatkan Tips PERCUMA Cara ‘Make Over’ POKOK KURMA Anda yang Udoh Lama Hidup tapi Idok Berbunga, Apatah Lagi Berbuah!

    Singgah ziarah di :
    Moh Le Singgah…!
    http://anakpokokkurma.blogspot.com ATAU via
    http://kwaleshop.blogspot.com

    ReplyDelete