Wednesday, 12 December 2012

Kaum Luth ...

Assalamualaikum ...


 Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat.
Nabi Luth a.s. Anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum,
iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin- Jordan.
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan sejenis sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.
 
Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini Dalam Al-Quran..
Antara salah satu surahnya ialah surah Asy-Syu`ara ayat:160-164...
Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya hubungan sejenis atau homoseksual.
Seterusnya dalam surah Asy-Syu`ara ayat:165-168...
Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Asy-Syu`ara :~
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia..
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”..
Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.
 
Ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth...
Surah Asy-Syu`ara ayat:172-173:~
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
 
SurahAl-‘Ankabut ayat : 34:~
“Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”.
Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja.
 
Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad..
Firman Allah s.w.t dalam Al-‘Ankabut ayat : 35
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”.
 
Hamba Ilahi ...


No comments:

Post a Comment