Assalamualaikum...
Umar Al-Khattab ataupun nama gelarannya Umar Al-Faruq diserang ketika mengimamkan solat subuh.
Umar r.a dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah.
Abu Lu'lu'ah yang berdendam dengan Saidina Umar menyerang 'Singa Islam' yang sedang menjadi imam dan menikamnya sebanyak 3 kali.. (Betapa pengecutnya tindakan hamba dari Parsi ini...)
Saidina Umar rebah dan jatuh ketika itu dengan segera sahabat Baginda S.A.W yang bernama Abdul Rahman Bin Auf mengantikan tempat Saidina Umar sebagai imam solat itu dan meneruskan solat tersebut dan Abdul Rahman Auf memendekkan bacaan dan menyudahkan solat.
~Inilah sikap sahabat-sahabat Baginda S.A.W walaupun dalam keadaan Khalifah atau pemerintah mereka rebah ditikam tetapi mereka tidak lari dari menyudahkan solat.. Allahu akbar...~
Abu Lu’lu’ah cuba melarikan diri namun dihalang oleh beberapa sahabat namun Abu Lu’lu’ah yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam bebrapa orang. Dan ada sahabat yang melontarkan kain dan menyebabkan Abu Lu'lu terperangkap dalam kain itu dan kemudian dia membunuh dirinya..
Selesai solat mereka segera mendapatkan Saidina Umar r.a yang sedang terbaring berlumuran darah. Abdullah Bin Umar merangkul ayahnya dan memapah ayahnya.
Dalam keadaan yang kesakitan dan parah Saidina Umar pengsan seketika. Kemudia dengan keadaan lemah Saidina Umar mencelikkan mata. Kemudian Saidina Umar bertanya:~
"Sudahkah kamu solat?"
~Ya Allah... Inilah soalan yang UTAMA yang ditanyakan oleh pemerintah yang sedang nazak dan menahan kesakitan tikaman.. Bukan harta, bukan keluarga, bukan semua itu yang ditanyanya tetapi SOLAT... Inilah Khalifah Islam kedua..~
Kemudia mereka menjawab :~
''Alhamdulillah sudah, Abdul Rahman Auf yang mengimamkan kami.''
Kemudian tanya Saidina Umar lagi:~
“Siapa yang menikamku?”
“Abu Lu’lu’ al-majusi hamba dari Parsi ” jawab Abdullah.
“Syukur kepada Allah kerana aku tidak dibunuh orang Islam” ujar Umar Al-Khattab. Dan katanya lagi ''berikan aku air aku mahu berwudhu kerana aku mahu solat''.... Allah.. Ya Allah.. Mahu bersolat Umar walaupun dalam keadaan sakit. KITA? Sakit sikit masuk hospital pun solat tidak terjaga... :'(
Lalu datang seorang tabib cuba memberikan rawatan. Kemudian diberinya minum susu tetapi susu itu keluar dari perutnya yang luka.
“Wahai Amirul Mukminin, sudah tiba masanya..” kata tabib itu.
Orang ramai menangis.. Sedih yang teramat sangat.. Tetapi Saidina Umar berkata :~
“Jangan kamu menangis. Nabi bersabda orang yang mati terazab dengan tangisan keluarganya.”
Kemudian Saidina Umar memanggil anaknya Abdullah supaya menemui Aisyah isteri Rasulullah S.A.W memohon kebenaran disemadikan bersebelahan dengan kubur Baginda S.A.W. Aisyah membenarkan dengan berkata :~ “Sebelum ini aku telah menyimpan tempat itu untuk aku tetapi hari ini aku menyerahkannya kepada Umar.”
“Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan akan melantik Abdullah bin Umar sebagai pengganti?” tanya Mughirah.
“Demi Allah, aku haramkan keluargaku dari jawatan ini…” jawab Saidina Umar.
Saidina Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Saidina Umar. Kemudian Saidina Ali berkata :~ “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui Tuhannya.” Jenazah Umar Al-Khattab disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan dengan kubur Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq. Kubur tiga sahabat sejati itu sentiasa dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini.
~Kisah Khalifah ke-2 Islam disaat kewafatan yang penuh pengajaran.. Walaupun nyawa dihujung tanduk namun SOLAT menjadi keUTAMAAN... Inilah Ciri-Ciri PEMERINTAH ISLAM ... ~
No comments:
Post a Comment