Monday, 31 December 2012

2013 ...

Assalamualaikum...
 
 
 

Lahir sudah 2013...
Bermakna bermulalah jilid baru masihi...
KITA ditinggalkan oleh 2012 dengan pelbagai cerita ...
Segala cerita yang  telah berlaku atas KEIZINAN ALLAH...

Pagi 2013 ini dihiasi dengan berita Sambutan Ambang Tahun Baru di sana sini...
Jangan terlalu leka sehingga terlupa PERSEDIAAN Menghadapi Ambang Maut kelak..!!..

 Pilihlah ramuan yang BAIK untuk memantapkan lagi IMAN pada 2013 ...
Pilihan di tangan KITA...
Mahu DUNIA yang sementara atau AKHIRAT yang kekal abadi..!!..


~ Selamat 2013..~


Hamba Ilahi ...

 

Friday, 28 December 2012

Kisah romatiknya Baginda S.A.W ..

Assalamualaikum...

 
 
Kisah romatiknya nabi saw
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

 
Rasulullah S.A.W. adalah contoh yang terbaik seorang suami yang pandai mengambil hati para isterinya. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada su
atu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya: "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi?..".

Rasulullah S.A.W. hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian..."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah S.A.W. lalu menjawab "Isteri yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing....

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah S.A.W. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah S.A.W. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W., tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..."

C/P :~ Ustaz Ipul .....
 

Hamba Ilahi ...


Aamiin Ya Rabbal 'Alamin....

Akhir hayat Umar Ibnu Al-Khattab...

Assalamualaikum...


 Umar Al-Khattab ataupun nama gelarannya Umar Al-Faruq diserang ketika mengimamkan solat subuh.
Umar r.a dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah.
Abu Lu'lu'ah yang berdendam dengan Saidina Umar menyerang 'Singa Islam'
yang sedang menjadi imam dan menikamnya sebanyak 3 kali.. (Betapa pengecutnya tindakan hamba dari Parsi ini...)
Saidina Umar rebah dan jatuh ketika itu dengan segera sahabat Baginda S.A.W yang bernama Abdul Rahman Bin Auf mengantikan tempat Saidina Umar sebagai imam solat itu dan meneruskan solat tersebut dan Abdul Rahman Auf memendekkan bacaan dan menyudahkan solat.
~Inilah sikap sahabat-sahabat Baginda S.A.W walaupun dalam keadaan Khalifah atau pemerintah mereka rebah ditikam tetapi mereka tidak lari dari menyudahkan solat.. Allahu akbar...~

Abu Lu’lu’ah cuba melarikan diri namun dihalang oleh beberapa sahabat namun Abu Lu’lu’ah yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam bebrapa orang. Dan ada sahabat yang melontarkan kain dan menyebabkan Abu Lu'lu terperangkap dalam kain itu dan kemudian dia membunuh dirinya..
Selesai solat mereka segera mendapatkan Saidina Umar r.a yang sedang terbaring berlumuran darah. Abdullah Bin Umar merangkul ayahnya dan memapah ayahnya.
Dalam keadaan yang kesakitan dan parah Saidina Umar pengsan seketika. Kemudia dengan keadaan lemah Saidina Umar mencelikkan mata. Kemudian Saidina Umar bertanya:~
"Sudahkah kamu solat?"
~Ya Allah... Inilah soalan yang UTAMA yang ditanyakan oleh pemerintah yang sedang nazak dan menahan kesakitan tikaman.. Bukan harta, bukan keluarga, bukan semua itu yang ditanyanya tetapi SOLAT... Inilah Khalifah Islam kedua..~
Kemudia mereka menjawab :~
''Alhamdulillah sudah, Abdul Rahman Auf yang mengimamkan kami.''

Kemudian tanya Saidina Umar lagi:~
“Siapa yang menikamku?”

“Abu Lu’lu’ al-majusi hamba dari Parsi ” jawab Abdullah.

“Syukur kepada Allah kerana aku tidak dibunuh orang Islam” ujar Umar Al-Khattab. Dan katanya lagi ''berikan aku air aku mahu berwudhu kerana aku mahu solat''.... Allah.. Ya Allah.. Mahu bersolat Umar walaupun dalam keadaan sakit. KITA? Sakit sikit masuk hospital pun solat tidak terjaga... :'(

Lalu datang seorang tabib cuba memberikan rawatan. Kemudian diberinya minum susu tetapi susu itu keluar dari perutnya yang luka.
“Wahai Amirul Mukminin, sudah tiba masanya..” kata tabib itu.

Orang ramai menangis.. Sedih yang teramat sangat.. Tetapi Saidina Umar berkata :~
“Jangan kamu menangis. Nabi bersabda orang yang mati terazab dengan tangisan keluarganya.”
Kemudian Saidina Umar memanggil anaknya Abdullah supaya menemui Aisyah isteri Rasulullah S.A.W memohon kebenaran disemadikan bersebelahan dengan kubur Baginda S.A.W. Aisyah membenarkan dengan berkata :~ “Sebelum ini aku telah menyimpan tempat itu untuk aku tetapi hari ini aku menyerahkannya kepada Umar.”
“Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan akan melantik Abdullah bin Umar sebagai pengganti?” tanya Mughirah.
“Demi Allah, aku haramkan keluargaku dari jawatan ini…” jawab Saidina Umar.

Saidina Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Saidina Umar. Kemudian Saidina Ali berkata :~ “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui Tuhannya.” Jenazah Umar Al-Khattab disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan dengan kubur Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq. Kubur tiga sahabat sejati itu sentiasa dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini.

~Kisah Khalifah ke-2 Islam disaat kewafatan yang penuh pengajaran.. Walaupun nyawa dihujung tanduk namun SOLAT menjadi keUTAMAAN... Inilah Ciri-Ciri PEMERINTAH ISLAM ... ~


 Hamba Ilahi...

Thursday, 20 December 2012

Nabi Yusuf a.s ...

Assalamualaikum...


Nabi Yusuf a.s ialah anak kepada Nabi Yakub a.s...
Pada suatu hari di zaman Nabi Yusuf masih kanak-kanak, beliau bermimpi melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadanya. Nabi Yusuf segera memberitahu ayahnya tentang mimpi tersebut. "Janganlah kamu ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan rancangan jahat terhadap kamu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. '' Nabi Yakub a.s segera memberi pesanan kepada Nabi Yusuf.

Saudara-saudaranya Nabi Yusuf iri hati dengannya kerana mereka rasakan ayah mereka lebih sayang kepada Yusuf. Kemudian mereka pun berkumpul dan merancang agar Yusuf dijauhkan dari ayahnya dan kasih sayang itu akan beralih kepada mereka.

Salah seorang di antara mereka mencadangkan agar Yusuf dibunuh atau dibuangkan ke tempat yang jauh. Tetapi ada di antara mereka ada yang menolak cadangan membunuh Yusuf dan mencadangkan supaya Yusuf ditolak ke dalam perigi yang berada jauh dalam tempat tinggal mereka supaya nanti akan ada yang mengambilnya dalam perigi itu. Dan kesemua mereka bersetuju dengan cadangan tersebut...

Kemudian mereka pun berjumpa ayah mereka dan berkata :~“Ayah, kenapa ayah tidak mempercayai kami, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menginginkan kebaikan baginya. Izinkanlah dia mengikuti kami, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya.”

Nabi Yakub berkata, “Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan aku, dan aku pula bimbang dia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya.”

Mereka menjawab, “Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi.”(Ayat untuk meyakinkan ayah mereka)...

Setelah mendapat keizinan ayah mereka keesokan paginya mereka keluar membawa Yusuf ke gurun sambil menggembala kambing-kambing mereka. Setelah mereka berada jauh dari ayah mereka, mereka mula melakukan rancangan mereka. Mereka membelasah dan mereka membuka baju Yusuf kemudian menolak Yusuf ke dalam perigi. Ketika itu Allah menurunkan wahyu kepada Yusuf, “Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak ingat lagi''...

Setelah berjaya menjalankan rancangan jahat itu mereka pun  berlari pulang dalam keadaan menangis dan memberitahu ayah mereka bahawa Yusuf telah dimakan serigala ketika mereka menyuruh Yusuf menjaga barang-barang mereka.
Kemudian mereka menunjukkan bukti baju yang berlumuran darah itu kepada ayah mereka.

Tetapi Nabi Yakub melihat keadaan baju itu dan berkata :~ “Sungguh pelik serigala! serigala itu memakan Yusuf tanpa mengoyakkan pakaiannya dan keadaan baju ini masih elok seperti dibuka dengan cermat.”  Dan Beliau berkata lagi “Kalau demikian, bersabarlah adalah sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu."

Nabi Yusuf a.s yang berada dalam perigi itu telah dijumpai oleh seorang pedagang yang hendak menuju ke Mesir. Yusuf adalah kanak-kanak yang tampan menawan hatinya dan dia membuat keputusan untuk menjual Yusuf di Mesir.....


~Cerita ini diturunkan kepada KITA agar dijadikan teladan. Kerana sikap iri hati manusia sanggup menikam saudara sendiri. Dan Allah juga mahu KITA tahu sepandai-pandai rancangan jahat dan sebanyak-banyak penipuan untuk menutup kesalah PASTI akan ada satu BUKTI untuk Kebenaran. Itulah yang jadi dalam cerita ini. Sepandai-pandai mereka untuk meyakinkan ayah mereka bahawa adik mereka telah mati dimakan serigala tetapi ada satu BUKTI yang menunjukkan yang adik mereka Yusuf tidak dimakan serigala, iaitu keadaan baju yang dibuka secara cermat!..
Inilah sedikit perkongsian kisah Nabi Yusuf a.s yang terdapat dalam surah Yusuf..~


Hamba Ilahi ...

Saturday, 15 December 2012

Pokok Kurma Condong ...

Assalamualaikum...
 
Cerita ini diriwayatkan oleh Ibni Abbas. (Abdullah bin Abbas R.A) Beliau ialah sepupu kepada Baginda Nabi S.A.W..
 
Di Madinah terdapat seorang pakcik yang memiliki banyak pokok kurma. Dan ada sebatang pokok kurma yang condong ke kawasan rumah jirannya yang miskin dan tidak ada makanan.
Suatu hari, pemilik pokok kurma tersebut memanjat pokok kurma condong miliknya itu untuk memetik buah kurma. Agaknya disebabkan pokok kurma bergoyang-goyang maka terjatuhlah beberapa biji buah kurma ke dalam kawasan rumah jirannya yang miskin.
Maka berlarilah anak-anak jiranya yang miskin itu dan mendapatkan buah kurma yang jatuh di dalam kawasan rumah mereka lalu mereka pun makan.
Dengan segera si pemilik pokok kurma condong tersebut turun dari pokok kurma dan bergegas menuju ke rumah jirannya yang miskin itu. Dia merampas buah kurma daripada tangan budak-budak tersebut sehinggakan yang ada di dalam mulut pun dikorek keluar dengan jarinya.
 
Jiran miskin itu merasa sedih dengan perbutan pakcik tersebut. Kemudian dia pergi mengadu kepada Baginda S.A.W tentang kelakuan jirannya dan nasib malang anak-anaknya. Setelah mendengar ceritanya Baginda Nabi S.A.W menyuruh si miskin itu  balik dan Baginda S.A.W menuju ke rumah pemilik pokok kurma condong.
 
Sampai di rumah pemilik pokok kurma. Rasulullah Yang Mulia menyampaikan niatnya untuk membeli pokok kurma condong itu dengan harga sebatang pokok kurma di SYURGA.
~Ana ulangi, membeli pokok kurma condong itu dengan harga sebatang pokok kurma di SYURGA.. Kalau Pokok Kurma Di SYURGA maksudnya Pemiliknya pun pasti berada di SYURGA juga....~
 
"Ya Rasulullah, aku sebenarnya sayang dengan pokok kurma ini. Jadi aku tidak mahu menjualnya.." kata pakcik itu.
Maka Baginda S.A.W pun tidak berkata apa-apa kerana pokok kurma itu milik pakcik tersebut dan itu hak dia.
 
Pada masa itu ada beberapa sahabat Baginda yang telah terlihat dan terdengar segala yang perbualan antara Nabi S.A.W dengan pemilik kurma tersebut. Dan salah seorang daripada sahabat tersebut pergi berjumpa Baginda S.A.W dan bertanya..
"Ya Rasulullah, kalau aku dapat membeli pokok kurma condong yang kamu hajatkan tadi. Adakah aku akan mendapat sebatang pokok kurma di SYURGA seperti yang engkau tawarkan?"
Baginda menjawab..
"Ya.!. Jika kau dapat membeli pokok kurma yang condong itu, kau juga akan mendapat sebatang pokok kurma di syurga"
 
Lalu sahabat tersebut pergi menuju ke rumah pemilik pokok kurma condong dan bertanya:
"Pakcik, Aku sama seperti kamu tetapi aku ada satu ladang pokok kurma dan tujuan kedatangan aku adalah untuk membeli pokok kurma pakcik yang condong ini. Berapa harga pakcik nak jual?"
 
Lalu pemilik pokok kurma menjawab:
"Sebenarnya aku sangat sayang dengan pokok kurma yang sebatang ini. Rasulullah hendak mengantikan dengan pokok kurma di Syurga pun aku tidak mahu."
Kata sahabat lagi :
"Tapi aku masih mahu membelinya, dan mengikut harga yang pakcik mahu."
 
Maka Pemilik itu meletakkan nilai yang tinggi dengan harapan sahabat tadi tidak membelinya:
"Baiklah kalau kamu setuju dengan harga yang aku inginkan maka aku akan jual pokok kurma yang sebatang ini dengan 40 batang pokok kurma sebagai tukaran"
 
"Baiklah aku setuju, dan aku akan membelinya" kata sahabat tersebut.
 
"Kalau engkau sudah bersetuju. Bersaksikanlah dengan nama Allah" Pinta pemilik pokok kurma itu.
 
"Ya aku bersaksi dengan nama Allah. Aku akan menukarkan 40 batang pokok kurma dengan sebatang pokok kurma yang condong ini"
 
Setelah mereka bersetuju maka terjadilah jual beli antara Sahabat dan Pemilik kurma tersebut. Lantas sahabat tadi pun terus bergegas berjumpa Baginda S.A.W dengan gembira dan memberitahu bahawa dia telah membeli pokok kurma yang Rasulullah inginkan.
"Ya Rasulullah, aku sudah membeli pokok kurma condong dan aku serahkan pokok kurma ini kepada engkau Ya Rasulullah." Kata Sahabat dengan begitu gembira sekali.
Baginda S.A.W menerima pemberian itu dan terus bergegas ke rumah orang miskin tadi dan Baginda menghadiahkan pokok kurma yang condong itu kepada mereka.
Gembiranya anak-anak mereka kerana diberi pokok kurma. Hadiah daripada Nabi yang mana pokok kurma itu di hadiahkan kepada Nabi oleh sahabatnya.
 
 
~Ya Allah.. Indahnya suasana bermurah hati dan menderma yang di pupuk oleh Baginda S.A.W demi meraih Syurga tercinta....~

Hamba Ilahi...

Thursday, 13 December 2012

Bilal Bin Rabah seorang Muazzin ...

Assalamualaikum ...

 
Apakah tugas Bilal Bin Rabah ??

Bilal Bin Rabah ialah seorang muazzin (tukang azan).. Muazzin islam pertama yang dilantik Baginda S.A.W setelah dibina Masjid Nabawi..
Suara Bilal tidaklah merdu seperti tukang azan kita sekarang ini.. Laungan azan Bilal senada dan biasa.. TETAPI ....
Tetapi ada keikhlasan dalam suara itu, ada kejujuran dan kesungguhan sebagai seorang muazzin dalam suara itu dan ada pengharapan dalam suara itu agar semua yang mendengar laugan azan akan turun bersama mendirikan solat..
Suara itu yang dinantikan setiap penduduk Madinah dan penduduk langit.. Para malaikat sentiasa menantikan laungan itu..

Suatu hari datang seorang sahabat bertemu Baginda S.A.W dan dia berkata "Ya Rasulullah, Bilal azannya cuma senada, kedengaran tidak merdu. Apakata esok kita tukar muazzin supaya azan yang dilaungkan lebih merdu.'' Baginda Nabi S.A.W dengan berat hatinya mengizinkan sahabatnya itu untuk melaungkan azan subuh.
Maka keesokan paginya pemuda tersebut mengantikan tempat Bilal. Dia pun melaungkan azan dengan merdu sekali sehingga semua penduduk Madinah terpegun dengan suaranya dan ramailah datang bersolat subuh pagi itu yang di imamkan Baginda S.A.W.
Selesai solat dan Baginda Nabi pun keluar dari masjid untuk menjalani rutin harian. Tiba-tiba, Jibril turun berjumpa Baginda.. Kata Jibrail "Ya Rasulullah, kenapa kamu tidak solat subuh???" Baginda S.A.W berkata bahawa mereka sudah solat subuh..
Maka berkata Jibril lagi "sesunguhnya kami tidak dengar laungan azan sampai ke langit seperti selalu!"
Laungan azan yang di laungkan atas dasar mahu menunjuk kemerduan suara tidak didengar oleh penduduk langit..
.........ALLAH.......
Mulai dari hari itu tiada siapa pun dibenarkan mengantikan tempat Bilal...
 
Selepas kewafatan Baginda Nabi yang Mulia. Bilal tidak lagi melaungkan azan. Bilal berasa sangat sedih. Bilal nampak seolah-olah nampak Nabi di Madinah, nampak di Mimbar, nampak di masjid. Menangis Bilal... Menangis kerana amat merindui Rasulullah. Bilal meminta izin para sahabat Baginda untuk membawa diri ke Negara Sham (sekarang Sham itu Syiria)..
Selepas beberapa tahun berada di Sham. Bilal melihat Nabi S.A.W dalam mimpinya. Baginda berkata kepada Bilal.. “Kenapa begitu lama kamu menyepikan diri ya Bilal? Sudah tidak mahu menziarahi kami lagikah??..
Bilal terjaga dari tidur, hatinya sungguh sedih. Bilal segera berangkat ke Madinah dan terus menuju ke maqam Rasulullah S.A.W..
Bilal berdoa dan menangis d maqam Nabi.. Sehingga Hasan dan Husain cucu Baginda menghampirinya. Bilal memeluk dan mencium mereka berdua sepuas-puasnya. Kedua-duanya berkata kepada Bilal “Kami rindu untuk mendengar azanmu ya Bilal. Azan lah kami mahu dengar..”
Bilal pun tidak mahu mengecewakan mereka. Bilal naik ke masjid dan mula mengalunkan azannya...
Apabila Bilal mengalunkan “Allahu Akbar, Allahu Akbar”...
Seluruh penduduk Madinah bergetar dan berhenti melakukan pekerjaan terasa seolah-olah Baginda Yang Mulia hidup....
Bilal pun meneruskan.......
“Asyhadu ala ilaha illa Allah”..
Ya Allah... :'( Menangis seluruh penduduk Madinah teringatkan zaman Nabi hidup bersama mereka.
Dan apabila tiba ungkapan “asyhadu anna'' Bilal menangis teresak-esak. Tidak mampu Bilal nak ungkap 'Muhammadar-Rasulullah' Rindunya Bilal kepada Baginda S.A.W .. Menangis Bilal di tempat azan tersebut. Bilal ulang semula “asyhadu anna'' kemudian Bilal menangis sehingga pengsan di situ.. Seluruh penduduk Madinah menangis rindukan MUHAMMAD S.A.W...
 
~Kita umatnya yang tidak pernah bertemu Baginda Muhammad S.A.W pun amat merindui Baginda inikan pula mereka penduduk Madinah yang bersama Baginda setiap masa, belajar dan berjuang bersama Muhammad S.A.W~
Ya Rasulullah KAMI merindui MU.................... :'(
 
Saat akhir nyawa Bilal. Ketika Bilal nazak, isterinya berkata ''Ya Bilal, sakit sangat aku tengok kamu'' Bilal menjawab ''tidak aku tidak sakit malahan aku gembira kerana esok aku akan bertemu KEKASIHKU MUHAMMAD S.A.W'' Bilal sering mengulangi kata-katanya itu sehingga hembusan nafas terakhir ''aku akan bertemu KEKASIHKU MUHAMMAD S.A.W'' ....
 
Bilal...
Inilah sedikit perkongsian cerita Bilal sahabat Rasulullah yang menyentuh hati.. Bilal yang mana pernah suatu ketika Baginda Nabi S.A.W bermimpi mendengar tapak kaki Bilal di Syurga. Setelah jaga dari tidur terus Baginda S.A.W pergi mencari Bilal dan bertanya ''Apa yang telah kamu lakukan Ya Bilal?? Aku mendengar tapak kaki mu di Syurga''. Maka Bilal pun berkata ''Aku sentiasa berada dalam keadaan Wudhu Ya Rasulullah. Bila terbatalnya wudhu ku akan ku mengambil wudhu semula dan memastikan aku sentiasa bersuci''
~Ya Allah.. Indahnya hidup di zaman Baginda S.A.W. Baginda boleh memberi tahu bakal penghuni Syurga.....
Sollu alan Nabi ...
 
Hamba Ilahi ...

 

Wednesday, 12 December 2012

Bilal Bin Rabah ...

Assalamualaikum ....

Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah.. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”.. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.

Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.

Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.

Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di Yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.

Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya. Selepas ibunya meninggal, ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf. Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah, Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”

~Allah .... Besar sungguh derita dan duggaan yang di hadapi Bilal.. Walaupun begitu Bilal teteap tabah dan berIMAN kepada ALLAH... Ingatlah dugaan KITA hari ini adalah sekelumit sahaja jika dibandingkan dengan Bilal Bin Rabah... ~

Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas..
Umaiyah berkata, ''jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun aku sanggup menjualnya'' lalu Abu Bakar berkata lagi ''jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100 uqiyah emas pun aku sanggup membelinya.''
Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya.. Bagi Abu Bakar, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya.

Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah S.A.W, maka Rasulullah S.A.W pun menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri..

~Inilah kisah pengorbanan, kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah di zaman Baginda S.A.W Yang Mulia... ~


Hamba Ilahi ...

Namrud dan Nyamuk ...

Assalamualaikum ...


700 RIBU TENTERA NAMRUD VS NYAMUK
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.

Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”

Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

C/P Sheikh Ishyam ...

Hamba Ilahi ...

Kaum Luth ...

Assalamualaikum ...


 Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat.
Nabi Luth a.s. Anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum,
iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin- Jordan.
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan sejenis sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.
 
Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini Dalam Al-Quran..
Antara salah satu surahnya ialah surah Asy-Syu`ara ayat:160-164...
Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya hubungan sejenis atau homoseksual.
Seterusnya dalam surah Asy-Syu`ara ayat:165-168...
Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Asy-Syu`ara :~
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia..
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”..
Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.
 
Ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth...
Surah Asy-Syu`ara ayat:172-173:~
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
 
SurahAl-‘Ankabut ayat : 34:~
“Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”.
Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja.
 
Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad..
Firman Allah s.w.t dalam Al-‘Ankabut ayat : 35
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”.
 
Hamba Ilahi ...


Tuesday, 11 December 2012

KAUM YANG MEMAHAT GUNUNG

Assalamualaikum ...



"Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?"Al-Fajr - ayat 9
"Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya)".Al-Hijr - ayat 82



"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."Al-'Ankabuut - ayat 40


"Katakanlah (wahai Muhammad): ""Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu"". An-Naml - ayat 69
 
C/P : Sheikh Ishyam ... 

Hamba Ilahi ...

menahan diri dari keinginan hawa nafsu membawa ke Syurga...

Assalamualaikum ...


Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya......
(Surah An-Naziat : 40-41)

Sesungguhnya azab Allah itu amat besar jika KITA mengingkar perintahNYA...
Allahurobbi...
Semoga KITA sentiasa INGAT bahawa azabNYA menanti jika kehendak nafsu dituruti....
Semoga KITA menjadi hambaNYA yang Taat akan PerintahNYA supaya jadi Penghuni di SyurgaNYA...


Hamba Ilahi ...

Monday, 10 December 2012

Diam Ku ....

Assalamualaikum ...

 
Tidak perlu menggunakan bahasa untuk selalu berbicara dengan mu...
Kerana diamku sudah cukup buat kamu fahami segalanya...
 
 
Hamba Ilahi ...

Serahkan urusanmu kepada Allah ...

Assalamualaikum...


Jangan bergantung pada manusia..
Kerana pasti akan kecewa..
Bergantunglah pada DIA kerana hanya DIA yang Maha BerKuasa..

Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu...
(Al-Ahzab : 3)
 
 
Hamba Ilahi ...

Sunday, 9 December 2012

Zaujah of Taqwa ...

Assalamualaikum ...

A WOMAN of TAQWA knows how to treat her husband like a KING..
Make him feel like a PRINCE..
And remind him to be a humble SLAVE of ALLAH..

Andai ini sujud terakhir Ku ...

Assalamualaikum ...

 
Andai aku tahu ini laungan Azan terakhir ku dengar,
Sesungguhnya akan ku hayati & sambut laungan itu dan ku sertakan doa buat Baginda S.A.W.....
Andai aku tahu ini Wudhu terakhirku,
Akan ku basahi angotaku dgn sempurna.....
Andai aku tahu ini Solat terakhirku,
Akan ku tetapkan niat solatku dan bacaan Ayat Suci akan ku lafaz penuh penghayatan.....
Andai aku tahu ini Sujud terakhirku,
Akan ku basahi sejadahku dgn air mata keinsafan.....
Andai aku tahu ini Solat terakhirku,
Aku tidak akan melewatkan waktunya,
Aku tidak akan segera habiskan rakaatnya,
Tidak akan ku sia-siakan kesempatan terakhir untuk Mengaggungkan Asma Mu .... :'(

Tapi kita tidak tahu yg manakah diantara solat kita akan menjadi terakhir.....
Dan mengapa kita mensia-siakannya seolah-olah kita akan kekal hidup selamanya?
Mengapa kita segera habiskan peluang bersama Allah itu untuk kembali pada urusan dunia?

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau ampunilah kami.......
............. ...................

Andai Esok Bukan milikku lagi.....
 
Hamba Ilahi ...

Saturday, 8 December 2012

Indahnya Jiwa ...

Assalamualaikum ...



antara perkara-perkara yang mengINDAHkan JIWA ♥

*Solat ♥
*Banyakkan berzikir ♥
*Baca dan hayati Kalam Allah ♥
*Bersangka Baik ♥
*Memaafkan kesalah orang terhadap kita ♥
*Bersedekah ♥
*Mendoakan saudara SeIslam ♥
 
 
Hamba Ilahi...



 

Dari Hati ...

Assalamualaikum ...
Jagalah adabmu..
Jagalah tuturmu..
Jagalah bahasamu..
Kerana dari kata terjaga hati..
Dari hati lahir sayang dan dari hati juga lahir benci ..
Maka berhati-hatilah dalam menyusun kata-kata.. ^_^


Hamba Ilahi ...

Al-Quran dan Sunnah jadikan Panduan ...

Assalamualaikum...

Tidak akan sesat seorang Ketua..
Tidak akan sesat seorang Pemimpin..
Tidak akan sesat seorang Guru..
Tidak akan sesat Ibu Bapa..
Tidak akan sesat seseorang Manusia..
JIKA BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W ...

Sabda Baginda S.A.W :~
~Taraktu fikum amrain in tamasaktum bihima lan tadhilu abada Kitaballah wa Sunnati...
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama- lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku...~
 
 
Hamba Ilahi...

Kegagalan ...

Assalamualaikum...
 
Kenapa bersedih kerana gagal mengejar dunia?
Kenapa bersedih apa yang diingini tidak tercapai ?

Ingatlah dunia yang KITA kejar pasti akan di tinggalkan kerana ianya hanya PINJAMAN SEMENTARA.....
Kembalilah Kepada ALLAH sebelum KITA dikembalikan kepadaNYA.......


ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian....
ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah.... ALLAH melatih kesabaran dalam kegagalan....
Ingatlah ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang KITA Sayang, kecuali.......
Menggantikannya dengan yang LEBIH BAIK.....

InsyaALLAH ^_^
 
Hamba Ilahi...

Friday, 7 December 2012

Zauj dan Zaujah Acuan Al-Quran ...

Assalamualaikum .....
 
LELAKI acuan Al-Quran...
Basah lidahnya mengingati Allah..
Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan...
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan...
Quran dan Sunnah jadi panduan...
Akhlak Nabi jadi ikutan...
Hidup matinya kerana Allah dan Agama.... ♥

Wanita Acuan Al-Quran..
Seorang wanita Yang Beriman..
Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah...
Sentiasa Haus Dengan Ilmu...
Solatnya dijaga...
Maruahnya dijaga...
Menjaga Tuturkatanya...
Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya.... ♥

♥ ♥

♥ Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya....
(HR. AL-HAKIM)...
 
Hamba Ilahi ...

Cinta Itu Bahasa Hati...

Assalamualaikum ....


Dekatkan Hati Mu kepada PENCIPTA,
Sebelum diserahkan kepada pasangan Mu .....
Lancarkan Lidah Mu dengan KALIMAH ALLAH,
Sebelum Kau tutur kalimah cinta.....
Rapatkan dahi Mu ke SEJADAH,
Sebelum Kau kucup dahinya.....
Kejarlah Ilmu Ilahi,
Sebelum Kau mengejar cinta insan....

CINTA yang tidak pernah mati hanyalah bila kita meletakkan CINTA ILAHI di tangga teratas sekali.....
Bila itu yang teratas,
Yang lain pasti akan jatuh pada tempatnya nanti.....
InsyaAllah.....
Bi'izinillah ♥ ♥
 
 
Hamba Ilahi...



Wednesday, 5 December 2012

Innallaha ma'ashabirin

Assalamualaikum ...


 
Kadangkala Allah memberi sebelum KITA meminta dariNYA.
Kerana DIA tahu apa yang KITA inginkan.....
Adakalanya DIA mengambil sebelum KITA diberitahu.
Kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk KITA....
Kadangkala apa yang KITA inginkan itu terasa jauh.
Kerana hanya DIA yang tahu masa untuk mendekatkannya.....
Sabarlah. Sentiasalah dekatkan diri KITA padaNYA ♥
Sabarlah segalanya akan INDAH pada waktunya.... ♥

Innallaha ma'ashabirin ♥
Sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang yang Sabar ♥
 
Hamba Ilahi ....

 
 

Tuesday, 4 December 2012

Dekatkan Diri Dengan Allah ...

Assalamualaikum ...



Ketika hati KITA bersedih,
Pilihlah untuk senyum...
Ketika KITA terjatuh dan gagal,
Pilihlah untuk bangkit dan teruskan berjuang...
Ketika KITA tidak difahami,

Pilihlah untuk memahami...
Ketika KITA berasa kecewa,
Pilihlah untuk sabar dan redha...
Kerana INGATLAH!
Innallaha ma'ashabirin
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar ♥

Hamba Ilahi....