Hati .....
Assalamualaikum ...
Hati
Dari Hati lahirnya perasaan. Dari hati juga lahir keikhlasan.
Kerana Hati aku menangis. Kerana Hati jugalah aku tersenyum.
Kerana Hati aku bersedih. Kerana Hati jugalah aku ketawa.
Hati ini diduga dengan pelbagai ujian. Dihimpit dengan beribu kesukaran namun aku yakin ada manis di penghujungnya..
Hati ialah ciptaan Allah yang maha agung, Allah Maha berkuasa sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan oleh ilahi memberi sejuta kemanisan pada manusia.
Allah memegang hati itu..
Andai hati itu terluka, ingatkanlah ia tentang Penyembuhnya. Agar DIA kirimkan penawarnya.
Andai hati itu kecewa, ingatkanlah ia tentang Pelindungnya. Agar DIA usirkan segala duka.
Andai hati itu terpalit dosa, ingatkanlah ia tentang Pengampunnya. Agar DIA bersihkan debu noda.
Andai hati itu gundah gulana, ingatkanlah ia tentang Pentadbirnya. Agar DIA hembuskan tenang ke dalam mu..
Dan ingatlah .....
ALLAH lah Pemegang Hati Kita ...
Tanpa Hati kita sebenarnya buta......
Hamba ilahi,
No comments:
Post a Comment