Thursday, 31 January 2013

Mahalul Qiyam ...

Assalamualaikum...


Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.

Ya nabi salam ‘alayka, ya rasul salam ‘alayka.
Ya habib salam ‘alayka, Ya Rasulullah shalawatullahi ‘alayka.

Abrazallahul musyaffa’ shahibal qadril muraffa’.
Famalannurun nawahi, ‘amma kullil kawni ajma’.

Nukisat ashnamu syirkin, wa binasy-syirku tashadda’.
Wadanal waqtul hidayah, wahimal kufri taza’za’.

Marhaban ahlan wa sahlan, bika ya dzal qadril arfa’.
Ya imamahlir risalah, man bihi afatu tudfa’.

Anta fil hasyri miladun, laka kullul khalqi tafza’.
Wayunaduna tara ma, qad daha min hawlin aqtha’.

Thala’al badru ‘alayna. Min tsaniyyatil wada’i.
Wajabasy-syukru ‘alayna. Ma da’a lillahi da’i.
Falaha anta fatasjud, watunada asyfa’ tusyaffa’.
Fa’alaykallahu shalla, ma badan nuru wa sya’sya’.

Wa bikarrahmanu nas-al, wa ilahul ‘arsyi yasma’.
Ya adhiman manni ya rabb, syamlana bilmusthafajma’.
Wa bhihi fandhur ilayna, wa’thina bih kulla math-ma’.
Wakfina kullal balaya, wadfa’il afati warfa’.

Wasyqina ya rabb aghitsna YA ALLAH. Bihaya hath-thali bahma’YA ALLAH.
Rabbi fahgfir li dzunubi YA ALLAH, bibarkatil hadil musyaffa’YA ALLAH.
Wakhtimil ‘umra bihusna YA ALLAH , wa ahsinil’uqba wa marja YA ALLAH.

Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.

Wa shalatullahi taghsya, man lahul husnu tajamma’.
Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.
Ahmadath-thuhri wa alih, wash-shahabah mas-sanasya’.
Shallallahu ‘ala Muhammad, shallalahu ‘alayhi wa salam.

Allahumma shalli wa sallim wa barik ‘alayhi wa ‘ala alihi.
 ***

Ya Nabi salam sejahtera bagiMU, Ya Rasul salam sejahtera bagiMU.
Ya Kekasih salam sejahtera bagiMU, Selawat Allah bagiMU.

Telah tiba dengan kehendak Allah pemberi syafa’at, Yang memiliki darjat yang dimuliakan.
Maka limpahan cahaya memenuhi segala penjuru, Meliputi seluruh alam semesta.

Maka berjatuhanlah patung-patung berhala di ka’bah, Dan tumbanglah sendi-sendi kemusyrikan.
Maka dekatlah saat-saat petunjuk, Dan benteng kekafiran pun bergoncang.

Salam sejahteralah atas kedatanganmu, Wahai pemilik darjat yang mulia.
Wahai Imam dan pemimpin para Rasul, Yang dengannya bencana-bencana terhapuskan.

Engkaulah satu-satunya harapan di hari Qiamat, Kepadamulah seluruh ciptaan berlindung dari kemurkaan Allah.
Kemudian mereka datang memanggil-manggilmu dengan penuh harapan, Ketika menyaksikan dahsyatnya kesulitan dan rintangan.

Maka kerana itulah Engkau (Rasulullah S.A.W) bersujud kehadrat TuhanMu,
Maka diserukan kepadaMu berikanlah syafa’at, kerana Engkau diizinkan memberi syafa’at.
Maka atasMu limpahan selawat dari Allah, Selama cahaya masih bersinar terang benderang.

Dan denganMu wahai Rahmat semesta alam, wahai pemilik Arasy yang sempurna
Wahai pemberi anugerah yang mulia, wahai Tuhanku kumpulkanlah kami kelak bersama baginda Rasulullah.
Dan demi Dia (Rasulullah S.A.W), maka pandanglah kami dengan kasih sayangMU, Dan berilah kami segala yang kami inginkan.
Dan hindarkanlah kami dari segala bencana, Dan jauhkanlah segala kesulitan, dan angkatlah sejauh-jauhnya.

Dan siramilah KAMI Ya Tuhanku dengan pertolonganMU YA ALLAH, Dengan curahan rahmatMU YA ALLAH..
Dan akhirilah usia KAMI dengan husnul khatimah YA ALLAH, Dan terimalah KAMI dengan baik saat kembali kepadaMu YA ALLAH..

Dan terlimpahlah selawat dari Allah, Baginya S.A.W yang kepadanya terkumpul segala kebaikan..
Ahmad yang tersuci serta keluarganya, Dan sahabatnya sebanyak cahaya..
Ya Allah Limpahkanlah Selawat dan Salam Sejahtera serta Keberkahan Padanya dan Pada Keluarganya..

Hamba Ilahi ...

Thursday, 24 January 2013

Sanah Helwah Ya Rasulullah ...

Assalamualaikum ...



12 Rabiulawal
Lahirnya insan TERMULIA dari keturunan Bani Hasyim..
Lahirnya dalam Keadaan bercahaya yang menerangi alam..
DIA Rahmatan lil a'lamin ♥
Lahirnya membawa rahmat sekelian alam..

Qomarun dhabath sarii rawtuhu
Wasaja yahu wasiraw tuhu
Safwatul bari waghri raw tuhu
‘Adlu ahlil hilli waharaw mi...
Baginda S.A.W Seperti bulan indah dan baik adalah hatinya,
Watak dan cara hidup beliau sangat terpuji..
Beliau adalah yang paling tulin dan terpilih,
Seorang saksi yang benar bagi orang-orang yang betul dan salah..

Kami MerinduiMU Ya Rasulullah...... :'(

Salam Maulidur Rasul Kepada Semua Umat Muhammad S.A.W

Hamba Ilahi...

Saturday, 12 January 2013

Kata-Kata Yang Indah Oleh Adik Tersayang ...

Assalamualaikum...




*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:**.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*゚¨゚✎・ ✿.。.:**.:。✿*゚¨゚
`·.¸.·``(´'`v´'`)(¯`v´¯)(¯`v´¯)(¯`v´¯)♥♫♥♥
`•.¸.•`..BUAT KAKAK KU TERSAYANG`•.¸.`•.¸ .•`

Assalamu'alaikum...
Buatmu kakak kesayanganku

Wahai kakak kesayangan ku..
teringat aku padamu
Allah mengirimkan perasaan ingin mengenali mu
Kuhulurkan salam pengenalan
ikatan ukhuwah mula tersimpul bersama izin dariNYA

Wahai kakak kesayangan ku..
dalam kejauhan kita merasa semakin dekat
dalam kerinduan hati kita semakin erat
betapa indah ukhuwah yang terikat
hanya tarian jari yang tak mampu berjabat

Wahai kakak kesayangan ku..
saat kau mengirimkan selaut kasih
dan rindu tanpa ada yang tahu
saat itu titis jernih mengalir laju
hati benar-benar terharu
betapa anugerah Allah
hanya DIAlah Penentu
memberi tanpa ada batas waktu
memberi pada kita yang serba tidak tahu

Wahai kakak kesayangan ku..
Benarlah katamu
sebenarnya kita ini mencari redhaNYA
bersama kasih dan rindu yang ada
kita ingin menjejaki Syurga
ingin bersama berpimpinan tangan disana
bersama kita meminta dalam doa
dan usaha menjadi diri seorang hamba yang bertaqwa...
dan moga kasih sayang akan kekal selamnya...
*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:**.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*゚¨゚✎・ ✿.。.:**.:。✿*゚


~Doa akak sentiasa bersamamu Hana ...~

Hamba Ilahi ...

Friday, 11 January 2013

IbuBapa mencorak anak-anak ...

Assalamualaikum ...



Jangan salahkan anak-anak jika perangai mereka tidak menyenangkan mata KITA...
Jangan salahkan anak-anak jika mereka jauh dari landasan AGAMA...
Jangan tundingkan jari kepada anak-anak kerana tidak dapat membantu KITA ke Syurga...
Jangan salahkan anak andai KITA sendiri MENYEDUT, MAKAN dan MINUM benda yang HARAM...
Setiap yang KITA sedut dan makan itu akan dikitar menjadi darah dan akan menjadi air mani yang menghasilkan zuriat..
Betulkan diri KITA demi ANAK-ANAK yang bakal menjadi khalifah di bumi ALLAH..!!..
Jika darah KITA bersih pasti zuriat KITA akan mengibarkan panji-panji ISLAM kelak..!!..

Sabda Baginda S.A.W:~
Kullu lahmin nabata minal harami, fan naaru aula bihi...
Setiap daging yang tumbuh atau dihasilkan dari sesuatu yang haram maka nerakalah yang pantas menjadi tempatnya...

Hamba Ilahi...

Tuesday, 8 January 2013

Basahkan Bibir Dengan Zikirullah ...

Assalamualaikum ...


Sabda Baginda S.A.W:~
Barangsiapa yang berzikir kepada Allah setiap selesai solat
bertasbih Subhanallah 33X
bertahmid Alhamdulillah 33X
dan bertakbir Allahu akbar 33X
Maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99..
Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut....
(H.R. Muslim)...

Mari renung sebentar...

KITA zikir seperti yang di atas setelah SUBUH maka terampunlah dosa sebanyak buih di lautan..
SUBUH ke ZOHOR ada lebih kurang 7 jam. KITA melakukan rutin harian dalam 7 jam ini. Yang pasti kadangkala ada terselit salah dan dosa. Dan setelah solat ZOHOR, KITA baca zikir ini maka terampunlah dosa sebanyak buih di lautan walaupun dosa KITA tidak sempat terkumpul sebanyak buih di lautan.
Kemudian tiba ASAR.. ZOHOR ke ASAR ada lebih kurang 3 jam. Dalam 3 jam ini sempatkah KITA melakukan selautan dosa? Tentu jawapannya TIDAK.. Tetapi selepas solat ASAR, KITA baca lagi zikir ini maka terampunlah dosa KITA.
Begitu juga ASAR ke MAGHRIB ada lebih kurang 3 jam. MAGHRIB ke ISYA pula ada lebih kurang 1 jam. Selesai setiap solat KITA baca zikir ini maka sentiasa terampun dosa KITA sebanyak buih-buih lautan.

Allahu Akbar..
KITA diberi peluang untuk diampunkan dosa yang KITA lakukan setiap jam di solat yang seterusnya. TETAPI sayang tidak ramai yang mengambil peluang ini...
KITA cuma perlukan masa 5 minit sahaja untuk berzikir dan mendapat keampunan dari Allah. TETAPI berapa ramai yang diantara KITA benar-benar melakukannya???

ALLAH..
DIA yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang setiasa membukakan kepada KITA peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan..
SOLATlah dan ZIKIRlah... Gunakanlah peluang ini selagi nafas belum terHENTI..!!..


Hamba Ilahi...

Monday, 7 January 2013

Ibu dan Ayah ...

Assalamualaikum...







Ibu dan Ayah....
Mereka adalah insan yang dipandang mulia dalam Islam... ♥

KITA sebagai anak WAJIB taat dan hormat kepada mereka.. Kerana ini PERINTAH Allah kepada setiap umat Islam...

KITA renung sebentar firman Allah dlm surah An Nisa : 36
~Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua IBUBAPA.....

Dan Allah ULANG lagi dlm Surah-surah lain.....

~Marilah, aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah kamu membuat baik kepada IBUBAPA....
(Al-An’aam :151)......

~Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada IBU BAPA.....
(Al-Isra :23) ....

Ini perintah Allah....
Jadi kita WAJIB taat...
Melawan ibubapa seolah-olah melawan perintah Allah...

Kasihilah mereka selagi mereka masih bernafas...
Sayangilah mereka selagi mereka masih di mukabumi ini....
Berlembutlah dengan mereka selagi mereka berada di sisi KITA....

Saya sayang Mak dan Abah sangat-sangat :'( ......

Hamba Ilahi...


Friday, 4 January 2013

Islamnya Saidina Abu Bakar R.A

 Assalamualaikum ...



Saidina Abu Bakar berasal dari keturunan Bani Ta'im. Saidina Abu Bakar ialah seorang pedagang. Pada suatu hari sedang Saidina Abu Bakar berdagang dia telah bertemu dengan seorang pendita yang masih berpegang pada ajaran kitab Taurat.
Pendita itu menerangkan kepada Saidina Abu Bakar bahawa akan ada seorang Nabi akhir zaman dan Nabi akhir zaman itu akan dibantu oleh dua orang sahabat.. Seorang separuh umur dan seorang yang muda. (Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar)
Pendita itu menerangkan lagi tanda-tanda sahabat yang separuh umur antaranya ada tahi lalat di perutnya dan ada satu tanda di paha kirinya. Saidina Abu Bakar r.a menunjukkan tanda di perutnya seperti yang disebutkan oleh pendita itu.

~Begitu jelas!! mereka kaum yahudi sangat mengenali Baginda S.A.W dan Sahabat-sahabat Baginda tetapi mereka menyembunyikan kebenaran dan menentang ISLAM... Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:146
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui... ~

Kemudian Pendita itu mengarang syair dan meminta Abu Bakar r.a menyampaikan syairnya kepada Rasul itu. Abu Bakar pun pulang ke Makkah bersama syair itu..

Sampai di Makkah, sudah gempar berita kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.  Saidina Abu Bakar r.a. pergi bertemu dengan Baginda S.A.W. Abu Bakar r.a menyampaikan perasaan kurang senang penduduk Makkah kepada Baginda S.A.W dan ajaran yang dibawa oleh Baginda S.A.W. Lalu Baginda S.A.W bersabda "Akulah Rasul yang diutuskan kepada kamu dan kepada semua manusia."
Saidina Abu Bakar r.a. bertanya " Kenapa kepada aku juga? Apakah buktinya?"
Jawab Baginda S.A.W " Orang tua yang kamu temui di Yaman beberapa hari lalu. Orang tua yang menulis syair itu!"
Abu Bakar bertanya dalam kehairanan "Siapakah yang memberitahu kamu?"
"MALAIKAT Allah yang memberitahu kepadaku" Jelas Rasulullah S.A.W

"Hulurkanlah tanganmu........'' Kata Abu Bakar ...
Kemudian Abu Bakar meletakkan tangannya diatas tangan Baginda dan melafaskan..........
“Ashadu a'la ilahailallah, wa annaka rasulullah” ............ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya engkau adalah utusan Allah....

Inilah Saidina Abu Bakar yang terus setia disisi Baginda dan yang sentiasa membenarkan Baginda S.A.W ...


Hamba Ilahi ...